Ya, mata-mata saudara/i tidak bermasalah. Saya memang sedang menaip dalam Bahasa Melayu untuk entri 31 Ogos ini. Sempena hari kemerdekaan, sebagaimana yang sedang dilakukan oleh kebanyakan penulis belog kebelakangan ini.
Hakikatnya, penulisan ini memang merupakan suatu cabaran yang besar. Bukannya saya tidak berkebolehan untuk menulis dalam BM, tetapi perlulah ada di sisi sebuah kamus dwibahasa untuk membantu penterjemahan beberapa perkataan yang saya tidak dapat luahkan sebagaimana yang saya kehendaki (cuba bayangkan 'livingmonolith = batu bernyawa?).
Oleh kerana penulisan ini adalah menggunakan BM tulen, maka saya tidak mahu menggunakan perkataan-perkataan yang membawa sedikit sebanyak bentuk pertuturan rojak ( contoh: wahlau eh, fulamak, rilek, brader, dll). Ya, pertuturan harian saya memang sebegitu rojak, dan ia menambahkan lagi tahap cabaran saya untuk menulis dalam BM tulen.
Entri ini tidak mempunyai apa-apa mesej yang nyata, cuma sekadar satu lagi entri untuk memberitahu kalian kita akan menyambut hari kemerdekaan pada hari ini. Saya juga tidak berpeluang untuk ke mana-mana hari ini, kerana pensyarah saya hendak melihat laporan amali kita di atas meja beliau pada pagi esok. Terpaksalah berdepan dengan komputer saya sepanjang hari ini untuk menyiapkannya. Dan dengan satu ujian pada hari Jumaat, sememangnya hilanglah sebarang rancangan yang seronok. Sudahlah itu, malam semalam telah keluar minum dengan seorang rakan dari universiti yang baru tiba balik KL dari Sibu dan saya tidak kembali rumah sehingga pukul 4 pagi. Aduh, peritnya kehidupan macam ini.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-48, rakan-rakan sekalian. Saya perlu menyambung penulisan laporan saya. Jangan bimbang, entri yang berikutnya akan ditulis dalam Bahasa Inggeris semula.
6 comments:
sememangnya adalah amat ganjil melihat penulisanmu dalam bahasa melayu walaupun ia merupakan bahasa kebangsaan kita. mungkin adalah benar bahawa kita sudah membiasakan diri kita dengan pertuturan dan gaya hidup yang mempraktikkan bahasa inggeris sahaja (mungkin juga bahasa cina bagi kamu). tapi saya juga ingin tegaskan disini - saya tidak kisah (i dun care!) =)
saudara artikel yang tidak lengkap,
apakah yang anda tidak kisah? kebiasaan kita bertutur dalam bahasa inggeris ataupun kejanggalan kita bertutur dalam bahasa melayu?
damn, i suck in this. i'll just continue writing in english...
Kekawan sekalian semestinya mempunyai penguasaan bahasa melayu yang jauh lebih hebat berbanding dengan saya. Terasa kecil and rendah apabila membaca coretan saudara batu-bernyawa pula. Manakala saudara nic pula cuba mempertahankan idea bahawa menjadi seorang rakyat malaysia yang tidak fasih bahasa melayu adalah satu perkara yang tidak seberapa. Terpaksalah saya menyanggal pernyataan yang menyesatkan seperti itu.
saudara kam
saudara kam, apa yang ingin saya ketengahkan disini bukanlah bahawa bahasa melayu tidak penting... cuma saya ingin katakan, apa gunanya sekiranya kita fasih berbahasa melayu tetapi tidak mempunyai jiwa dan semangat sebagai seorang rakyat malaysia? adakah sekiranya kami lebih selesa dengan pertuturan bahasa inggeris menjadikan kita pengkhianat di tanah air kami?
ps: there's more to being a malaysian than just speaking the national language and waving the national flag... =)
wahai rakan-rakan sekalian, hentikanlah perdebatan ini. sebagai warganegara malaysia, adalah penting untuk menyemai cinta terhadap tanahair kita. meskipun sering kali saya sendiri terasa disisih oleh sesetengah pihak dalam negara sendiri, saya masih berbangga saya dilahirkan di malaysia. bukan singapura, bukan amerika syarikat, bukan china.
saya setuju penguasaan bm tidak boleh membuktikan cinta kita terhadap malaysia, tetapi sekurang-kurangnya ia merupakan salah satu faktor yang memberikan identiti kepada kita sebagai warganegara malaysia.
Post a Comment