Tuesday, May 11, 2010

bye bye BBCC...

Oleh Sharifah Salwa Syed

Pengusaha Melayu mahu pemilikan 70 peratus di Bukit Bintang City Centre KUALA LUMPUR: Uda Holdings Berhad (Uda) diminta supaya memberikan pemilikan lebih 70 peratus kepada Bumiputera untuk membeli projek pembangunan bercampur dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang akan dibangunkan agensi itu tidak lama lagi.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan, Mithlan Samijoo, berkata Uda bukan saja perlu memberi peluang kepada pengusaha Bumiputera yang berkemampuan, malah memberi keutamaan kepada mereka yang layak membeli hartanah di kawasan berkenaan.

“Apa yang kita tahu ada di kalangan ahli persatuan memiliki aset yang banyak, tetapi kebanyakan mereka mengeluh tidak mempunyai tapak niaga yang strategik seperti yang dimiliki peniaga Cina di sekitar Bukit Bintang. Jika ada pun, kita tidak mampu untuk bersaing dengan mereka berikutan sewa yang terlalu tinggi.

“Justeru, apabila Uda memperuntukkan pemilikan sebanyak 60 peratus kepada Bumiputera, kita anggap itu satu bonus kepada peniaga Melayu. Namun, pada masa sama, kita berharap Uda meningkatkan pemilikan sehingga 70 peratus bagi memberi lebih ramai peniaga Bumiputera memiliki hartanah di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, kerajaan bersetuju dengan cadangan Uda meroboh keseluruhan Kompleks Penjara Pudu tahun ini untuk dibangunkan sebagai projek pembangunan bercampur dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembangunan di kawasan seluas 7.6 hektar itu akan membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

Mithlan berkata, pihaknya yakin ramai di kalangan peniaga Melayu mempunyai kemampuan untuk memiliki hartanah di kawasan berprestij itu cuma yang menjadi kekangan kepada mereka adalah dari segi kekurangan tapak sesuai untuk dijadikan premis perniagaan.

Beliau berkata, ada antara ahli persatuan menyewa premis di Jalan Masjid India dengan kadar harga tinggi sehingga RM30,000 sebulan untuk tapak niaga berukuran 20x70 kaki.

Sehubungan itu, pihaknya berharap cadangan pembinaan hartanah bercampur itu akan memberi satu khabar gembira kepada peniaga Bumiputera.

“Jika tidak diberikan 100 peratus kepada peniaga Bumiputera, memadailah memberi keutamaan sehingga 80 peratus kepada peniaga Melayu untuk bertapak di BBCC apabila ia siap kelak. Kita mahu menjadikan kawasan ini sebagai tempat pemborong Bumiputera.

“Kebanyakan ahli mampu untuk membelinya... cuma apa yang perlu Uda sebagai agensi yang menjaga kepentingan orang Melayu perlu memikirkan sesuatu, termasuk menawarkan harga berpatutan bagi membolehkan mereka membeli ruang niaga di BBCC, sekali gus bersaing dengan peniaga bukan Melayu,” katanya.

Now I am really speechless. No, this isn't about races or religions, this is about the mindset of certain quarters in the country.

“Apa yang kita tahu ada di kalangan ahli persatuan memiliki aset yang banyak, tetapi kebanyakan mereka mengeluh tidak mempunyai tapak niaga yang strategik seperti yang dimiliki peniaga Cina di sekitar Bukit Bintang. Jika ada pun, kita tidak mampu untuk bersaing dengan mereka berikutan sewa yang terlalu tinggi.

Wait, I didn't know in Bukit Bintang retail outlets have different rental prices for bumis and non-bumis.

Jika tidak diberikan 100 peratus kepada peniaga Bumiputera, memadailah memberi keutamaan sehingga 80 peratus kepada peniaga Melayu untuk bertapak di BBCC apabila ia siap kelak. Kita mahu menjadikan kawasan ini sebagai tempat pemborong Bumiputera.

Here's the plan, I think UDA SHOULD give 100% to bumi entrepreneurs, and on top of that, the developer should bear all costs of promoting the commercial area after completion, guarantee-buy-back scheme with 10% increment from developer's price in case businesses do not make it, waive maintenance fee for life, developer to bear utilities fee, developer to bear all renovation costs for owners, as well as providing working staff for business owners as there's a shortage of foreign labours and the locals are demanding way too high in salary, also subsidizing 20% of the employees' pay, contribute EPF and SOCSO on behalf of business owners, while the banks should come out with BLR%-BLR% (0% interest) loan packages with options to postpone installments when business is bad, further 10% off the installment sum when paid on time, and special buy-out clauses when business go haywire.

Goodbye Bukit Bintang City Centre. For a moment I thought you're going to be a key development, the next hotspot, and a brilliant investment in Bukit Bintang.

Then I woke up.

1Malaysia!